Aveta Malaysia akan melancarkan skuter Vanguard 250 tak lama lagi dan harganya dikatakan tak sampai RM20,000?
Soal harga itu belum dapat dipastikan betul ke tak tapi skuter Aveta Vanguard 250 sudah dilihat di beberapa tempat sebelum ini. Ada yang pernah nampak skuter ini di Selangor dan di Genting Highlands.
Kalau tak silap, tempat pertama Aveta Malaysia tunjuk skuter Aveta Vanguard 250 ini ialah di Malaysia Autoshow 2024 dengan mesej ‘akan datang’ (coming soon).
Aveta Vanguard 250 akan tampil dengan sekurang-kurangnya dua warna – biru dan kelabu. Mungkin ada warna lain tapi kita tunggu hari pelancaran nanti.
Vanguard 250 ini akan jadi skuter pertama Aveta Malaysia dengan kapasiti enjin 250cc selepas melancarkan model Aveta VADV dan VADV 2 pada tahun 2023.
Ini spesifikasi Aveta Vanguard 250 yang pernah ditunjuk di Malaysia Autoshow 2024:
- Enjin satu silinder 244.3cc SOHC dengan kaedah penyejukan udara (aircooled).
- Kotak gear automatik CVT
- Kuasa maksimum 24.8hp (18.5kW) @ 8,250rpm
- Tork maksimum 22.5Nm @ 6,250rpm
- Fork teleskopik biasa
- Absober berkembar dengan sub-tank
- Rim depan 15 inci dengan tayar 120/70
- Rim belakang 14 inci dengan tayar 140/70
- Brek cakera untuk roda depan dan belakang
- Ada Sistem ABS dua saluran
- Ada Kawalan Cengkaman (TCS)
- Sistem kekunci pintar
- Meter TFT
- Jarak antara roda 1,490mm
- Tinggi tempat duduk 790mm
- Berat 168kg
- Tangki minyak 13 liter
- Penghadang angin boleh dilaras secara manual
- Lampu LED untuk depan, signal dan belakang