Pada penghujung tahun lepas, model kapcai adventure terbaharu Yamaha PG-1 2024 dengan rasminya dilancarkan di pasaran Thailand dan Vietnam. Kini model tersebut dilancarkan pula di pasaran Filipina, dengan satu pilihan warna Matte Brown, dan ditawarkan dengan harga jualan sebanyak PHP 96,400.00, bersamaan nilai RM 7,738.35 mengikut kadar mata wang semasa.
Selepas pelancaran di pasaran Thailand, Vietnam dan Filipina, adakah Yamaha PG-1 juga akan dilancarkan di pasaran Malaysia? Setakat ini HLYM masih belum memberikan sebarang tanda mengenai perancangan untuk membawa masuknya. Jika tidak, ianya bakal bersaing dengan dua model baharu iaitu Aveta Ranger Cub Cross 115 2024 dan Cyclone MK125 Classic 2024.
Artikel berkaitan :