Benda Dark Flag 500 2024 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia

Benda Motor kini rasmi masuk ke pasaran Malaysia, dan jenama dari China itu akan diedarkan oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. Setakat ini berdasarkan paparan imej teaser menjelang pelancaran rasmi di Malaysia Autoshow 2024 (22 – 26 Mei), antara model yang dijangka bakal dilancarkan nanti ialah Benda Dark Flag 500 2024, yang dilengkapi enjin V4 bersesaran 496cc.

Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 53.6hp dengan tork 42Nm. Dari segi rekaannya, Benda Dark Flag 500 2024 ini tampil begitu sporty, bergaya dan elegan. Namun apa yang penting ialah berapakah harga jualannya nanti. Jika harga yang ditawarkan berpatutan, sudah pasti model cruiser dengan enjin V4 ini akan mendapat perhatian di kalangan peminat motosikal tempatan.