SYM Maxsym TL508 2024 kini di pasaran Malaysia – RM 46,888.00

Pada tarikh 1 April 2024, bersama-sama pelancaran SYM Husky 150 2024, SYM Malaysia turut melancarkan sebuah model skuter maxi terbaharu iaitu SYM Maxsym TL508 2024. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik yang bernama Indigo Blue, Storm Grey dan Jet Black, model itu memiliki harga asas RM 46,888.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

SYM Maxsym TL508 2024 dilengkapi enjin dalam sesaran 508cc (In-line twin cylinder, 8-valve, DOHC, liquid-cooled) yang bertaraf Euro 5, dengan keluaran maksimumnya 45.5PS (33.5kW) @ 6,750rpm dan tork maksimum 49.9Nm @ 5,250rpm. Enjin bertenaga itu dipadankan dengan transmisi CVT, manakala tangki bahan apinya didatangkan dengan kapasiti penuh 12.5 liter.

Spesifikasi menarik lain termasuklah fork depan jenis terbalik, suspensi belakang tunggal ‘single-sided with Multi-link’, brek cakera depan dan belakang berdiameter 275 mm dengan sistem ABS Dual Channel, tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-15 dan 160/70-15, ketinggian tempat duduk pada paras hanya 795 mm, dan berat penuhnya yang mencapai 227 kg (curb weight).

Melengkapkan lagi ciri-ciri menarik pada SYM Maxsym TL508 2024 ini antaranya ialah Keyless System, port Quick Charge 3.0 untuk mengecas peranti dengan pantas, panel instrumen digital TFT, Hazard Light + Emergency Signal Button, sistem lampu LED, Adjustable Windscreen, TCS (Traction Control System), dan ruang storan yang luas di bawah pelana dengan Seat Button.