Jentera sport bike KTM RC 390 2024 kini diperkenalkan dengan dua warna baharu, dengan pilihan oren-biru dan oren hitam. Kedua-dua warna yang menyerlah itu kemudiannya masing-masing dipadankan dengan rim roda berwarna hitam dan oren, dan rangka berwarna oren.
Aspek spesifikasi, tiada sebarang perubahan baharu. KTM RC 390 2024 kekal dikuasakan enjin bersesaran 373cc (1-cylinder, liquid cooled, 4-stroke) dengan padanan transmisi enam kelajuan dan slipper clutch. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 42.9hp dengan tork 37Nm.

Model itu seterusnya dilengkapi fork depan upside-down 43 mm WP APEX open cartridge dan suspensi belakang WP APEX, kedua-duanya boleh dilaraskan. Sistem brek berjenama ByBre, dengan cakera depan 320 mm dan belakang 230 mm, di samping teknologi Supermoto ABS.
Pelbagai teknologi canggih turut melengkapi KTM RC 390 2024, ianya termasuklah Cornering ABS, Cornering MTC (Motorcycle Traction Control), panel instrumen TFT dengan ciri sambungan ke aplikasi KTM My Ride, dan sistem lampu LED dengan ciri Daytime Running Lights (DRL).
Selanjutnya tangki bahan api berkapasiti 13.7 liter, ketinggian tempat duduk 824 mm, dan berat kering 155 kg. Untuk pasaran Malaysia, KTM RC 390 2022 generasi baharu seperti model tahun 2024 ini telah pun dilancarkan pada bulan Oktober 2022, dengan harga asas RM 33,800.00.











