Honda CBR500R 2024 ditawarkan di pasaran di Thailand

Selepas pasaran Eropah, pasaran Thailand antara yang terawal menerima ketibaan model sport bike terbaharu Honda CBR500R 2024. Model tersebut kini tampil berwajah baharu, dan tersedia dengan dua skim warna menarik iaitu Grand Prix Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Untuk pasaran Thailand, harga yang ditawarkan bermula dari THB 222,800.00, bersamaan nilai RM 28,744.78. Honda CBR500R 2024 dikuasakan enjin 471cc (liquid-cooled, DOHC, parallel twin), dan dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan dan Assist & Slipper Clutch.

Tampil berbeza, Honda CBR500R 2024 kini dilengkapi lampu depan LED dan fairing rekaan baharu, panel TFT berwarna 5.0 inci dengan sistem Honda RoadSync, Handle Switch with Honda Selectable Torque Control (HSTC), dan Taillight with Emergency Stop Signal (ESS).

Spesifikasi standard lain masih sama seperti model tahun sebelumnya, seperti fork depan jenis upside-down SFF-BP 41 mm dan suspensi belakang Prolink (5 stage pre-load adjuster) daripada Showa, dan brek cakera depan berkembar 296 mm (Nissin radial-mount four-piston calipers).

Di bahagian roda, ianya tampil dalam siri 120/70-17 (depan) dan 160/60-17 (belakang). Tinggi tempat duduk 789 mm, tangki bahan api 17.1 liter, dan berat hanya 191 kg (curb weight). Selain itu untuk pasaran Thailand, turut ditawarkan ialah jentera adventure Honda NX500 2024.