Benelli Leoncino 800 Trail 2024 kini ditawarkan di pasaran China

Pada awal tahun ini, Benelli Leoncino 800 Trail 2024 secara rasmi ditawarkan di pasaran China. Harganya CNY 46,800.00, bersamaan RM 30,373.42. Di bahagian enjin, ianya kini bersesaran 799cc (Inline twin cylinder, liquid cooled), berbanding 754cc bagi versi generasi sebelumnya.

Enjin itu dipadankan transmisi enam kelajuan dengan slipper clutch, dan menjana kuasa maksimum 95.17hp (71kW) @ 9,000rpm dengan tork 79Nm @ 7,700rpm. Spesifikasi lain seperti tangki petrol 15 liter, sistem suspensi KYB, dan sistem brek Brembo dengan ABS Dual Channel.

Sistem lampu kesemuanya LED, manakala panel meter digital TFT 5.0 inci mempunyai ciri sambungan ke TBOX. Turut melengkapi ialah sistem pemantauan tekanan tayar, sepasang roda bersaiz 120/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang), dan ketinggian tempat duduk 800 mm.

Benelli Leoncino 800 Trail 2024 mempunyai berat hanya 217 kg. Untuk pasaran Malaysia, buat masa ini Leoncino 800 belum lagi ditawarkan. Mungkin dengan pelancaran generasi terbaharu Leoncino 800 Trail di pasaran China ini, pasaran Malaysia juga akan menerimanya selepas ini.