Yamaha FZ-X 2024 terima pilihan warna baharu di pasaran India

Pada awal tahun ini, model naked Yamaha FZ-X 2024 di pasaran India telah diperkenalkan dengan tiga pilihan warna baharu iaitu Metallic Black, Matte Titan dan Chrome. Dua pilihan warna lain yang masih ditawarkan bersama-sama ialah Matte Copper dan Dark Matte Blue.

Berikut ialah senarai harga yang ditawarkan untuk model tersebut mengikut skim warna :

  • Metallic Black : ₹ 136,200 (RM 7,666.48)
  • Matte Titan : ₹ 137,200 (RM 7,722.77)
  • Chrome : ₹ 139,700 (RM 7,863.49)
  • Matte Copper : ₹ 136, 200 (RM 7,666.48)
  • Dark Matte Blue : ₹ 137,200 (RM 7,722.77)

Yamaha FZ-X 2024 memiliki enjin 149cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valve) dengan sistem transmisi lima kelajuan. Kuasa maksimumnya 12.4PS @ 7,250rpm dengan tork 13.3Nm @ 5,500rpm. Untuk perjalanan lebih jauh, ianya dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 10 liter.

Model tersebut seterusnya dilengkapi fork depan teleskopik 41 mm, suspensi mono di bahagian belakang dengan ciri tujuh tahap pelarasan, sistem brek cakera depan dan belakang dengan ciri ABS satu saluran, tayar bersaiz 100/80-17 dan 140/60-17, dan tinggi tempat duduk 810 mm.

Ciri-ciri menarik lain termasuklah Traction Control System (TCS), sistem Y-Connect (untuk varian Y-Connect), panel meter digital LCD, soket pengecas telefon pintar, lampu depan LED dengan lampu DRL, lampu belakang LED, under cowl di bawah enjin, dan juga mudguard belakang.