Benelli Leoncino 800 Trail 2022 di pasaran UK, harga jualan £7,799.00

Untuk pasaran Eropah dan juga termasuk pasaran UK, Benelli Leoncino 800 Trail 2022 kini telah diperkenalkan dengan kemaskini warna baharu yang minimum, dengan pilihan warna Forest Green, Steel Grey dan Terrain Brown. Harga jualan di pasaran UK adalah sebanyak £7,799.00, bersamaan RM 40,161.53 berdasarkan nilai mata wang semasa.

Benelli Leoncino 800 Trail 2022 dikuasakan enjin bersesaran 754cc (In line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft DOHC) dengan transmisi enam kelajuan, yang kini telah pun mematuhi piawaian emisi Euro 5. Prestasi maksimum yang dihasilkan ialah 76.2hp @ 8,500rpm, dengan tork 67Nm @ 6,500rpm.

Di bahagian suspensi, ianya terdiri daripada fork depan jenis upside-down dan suspensi belakang monoshock (central swinging arm with adjustable spring preload and rebound damping). Brek cakera depan dan belakang lengkap dengan ABS, manakala sepasang tayar jenis dual-purpose hadir dalam siri 120/70-19 (depan) dan 170/60-17 (belakang).

Spesifikasi dan ciri-ciri lain pada Benelli Leoncino 800 Trail ini termasuklah tinggi tempat duduk 834 mm, kapasiti tangki bahan api 15 liter, sistem lampu LED sepenuhnya, panel instrumen digital TFT dan kusyen tempat duduk yang selesa. Untuk pasaran Malaysia, sehingga kini belum ada pengesahan bilakah Leoncino 800 Trail ini akan dilancarkan.