Bajaj Pulsar NS400Z 2024 rasmi dilancarkan di pasaran India

Model naked terbaharu Bajaj Pulsar NS400Z 2024 baru-baru ini rasmi dilancarkan di pasaran India. Merupakan sebuah model Pulsar dengan enjin terbesar setakat ini, ianya dilengkapi enjin satu silinder 373.27cc dengan kuasa maksimum 40PS @ 8,800rpm dan tork maksimum 35Nm @ 6,500rpm. Dengan tangki bahan api 12 liter, berat penuhnya mencapai 174 kg (kerb weight).

Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi Bajaj Pulsar NS400Z 2024 ini termasuklah sistem Ride-By-Wire, Ride Modes (Road, Rain, Sports, Off-Road), Traction Control, ABS Dual Channel, dan panel meter digital dengan ciri sambungan dan navigasi. Pilihan warna yang ditawarkan empat kesemuanya. Untuk pasaran India, harganya ialah INR 1,85,000.00, bersamaan RM 10,494.35.