QJ Motor MTX 150 2024 diperkenalkan untuk pasaran global

QJ Motor baru-baru ini telah memperkenalkan model skuter terbaharu QJ Motor MTX 150 2024, yang dilengkapi enjin 150cc. Model tersebut adalah untuk pasaran global, dan tidak mustahil ianya akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia, selepas QJ Motor LTR150 2024. Sementara itu di pasaran Eropah, versi yang ditawarkan ialah QJ Motor MTX 125 dengan enjin 125cc.

Melihat kepada penampilannya, QJ Motor MTX 150 2024 hadir dengan gaya rekaan sporty dan moden. Enjinnya turut dilengkapi teknologi hibrid, dengan keluaran 15.8hp @ 8,500rpm dan tork 13.7Nm @ 6,500rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 8.0 liter, tinggi pelana 755 mm, dan berat hanya 132 kg. Sistem lampu jenis LED, di samping paparan panel meter digital sepenuhnya.