Sewaktu berlangsungnya EICMA 2023 yang lepas, Zontes telah memperkenalkan beberapa buah model skuter terbaharunya, yang dijadualkan dilancarkan pada tahun 2024. Model-model tersebut ialah Zontes 501G, Zontes 501E, Zontes 501K, dan juga model Zontes 501H.
Zontes 501H tampil dengan gaya rekaan sporty dan moden, yang berevolusi daripada model Zontes 350M. Enjinnya sama seperti enjin pada 501G, 501E dan 501K, iaitu bersesaran 491cc dengan satu silinder, yang menjana 46.9hp @ 7,500rpm dengan tork 53Nm @ 5,500rpm.
Spesifikasi dan ciri-ciri yang bakal ditawarkan oleh Zontes 501H pastinya serba lengkap. Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada ianya akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia pada masa akan datang. Jadi kita tunggu perkembangan selanjutnya daripada Zontes Malaysia.
Sumber gambar : Hellenic Zontes scooter club FB & Hội Zontes 310 Việt Nam FB