Zontes 501E 2024 diperkenalkan dengan enjin satu silinder 491cc

Bertempat di EICMA 2023 yang berlangsung pada bulan November yang lepas, Zontes dengan rasminya telah memperkenalkan model skuter terbaharu Zontes 501E 2024. Ianya diasaskan daripada model Zontes 350E, yang ketika ini telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia.

Dari segi saiz, tidak pasti sama ada Zontes 501E tampil dengan ukuran yang lebih besar. Namun dari segi enjin, ianya kini dilengkapi enjin satu silinder bersesaran 491cc, lebih besar berbanding enjin 349cc pada Zontes 350E. Enjin itu juga sama dengan enjin model Zontes 501G 2024.

Dengan enjin yang lebih besar, bermakna prestasi yang dihasilkannya juga lebih besar. Enjin bertaraf Euro 5 itu menghasilkan kuasa maksimum 46.9hp @ 7,500rpm dengan tork puncak 53Nm @ 5,500rpm. Spesifikasi dan ciri-ciri lain dipercayai sama dengan model Zontes 350E.

Setakat ini dijangkakan Zontes 501E 2024 ini akan dilancarkan di pasaran global pada tahun ini juga. Untuk pasaran Malaysia, ianya dijangka akan turut dilancarkan pada masa akan datang. Mungkin sebagai pengganti kepada model Zontes 350E, atau pun sebagai model tambahan.

Sumber gambar : Hellenic Zontes scooter club FB & Zontes Malaysia FB