Zontes 501 G dijangka berada di pasaran global pada tahun 2024

Bertempat di EICMA 2023 yang lepas, salah sebuah model terbaharu yang diperkenalkan ialah Zontes 501 G. Ianya merupakan sebuah model skuter adventure pertama keluaran Zontes, yang setakat ini dijangka akan berada di pasaran global secara rasmi bermula pada tahun 2024.

Berdasarkan maklumat ringkas yang diberikan oleh Zontes, model berkenaan dikuasakan enjin satu silinder bersesaran 491cc, dengan kuasa maksimum 46.9hp @ 7,500rpm dan tork 53Nm @ 5,500rpm. Model tersebut juga dilengkapi skrin TFT dengan sistem sambungan dan navigasi.

Untuk pasaran Malaysia, Zontes 501 G dijangka akan turut dilancarkan. Ini kerana model-model skuter bertaraf adventure kian mendapat tempat di hati peminat tempatan. Ini dapat dibuktikan apabila permintaan untuk model Honda ADV350 setakat ini sangatlah memberangsangkan.

Sumber gambar : FB Zontes Europe, FB Barberio Motori S.R.L dan FB ZONTES 350D/E.