Malaguti Madison 150 2023 diperkenalkan dengan warna baharu di pasaran Thailand

Pada tahun lepas, Malaguti Madison 150 2023 secara rasmi diperkenalkan di pasaran Thailand. Berbanding model tahun 2022, model skuter tersebut kini tampil dengan empat pilihan warna baharu iaitu Olive Green Metal, Nero Black Metallic, Argento Silver Pro dan White Pearlescent.

Di bahagian spesifikasi, Malaguti Madison 150 kekal dengan spesifikasi sedia ada. Ianya termasuklah enjin bersesaran 149.3cc (liquid cooled, 4 valves) yang dipadankan dengan sistem transmisi CVT. Jumlah kuasa dan tork daripada enjin tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Spesifikasi lain yang melengkapinya ialah fork depan teleskopik, suspensi belakang dengan lima tahap pelarasan, sistem brek cakera depan dan belakang dengan teknologi CBS, tayar depan dan belakang masing-masing bersaiz 100/80-R14 dan 120/70-R14, dan tinggi pelana 755 mm.

Melengkapkan spesifikasi dan ciri-ciri menarik pada Malaguti Madison 150 2023 adalah seperti tangki bahan api berkapasiti 10 liter, sistem lampu LED, panel meter digital, sistem kunci keyless dengan sistem penggera, suis kawalan, port pengecas USB, dan juga ruang storan yang luas.

Untuk pasaran Thailand, model skuter yang bergaya sporty dan moden itu ditawarkan dengan harga jualan sebanyak 79,800.00 THB, bersamaan nilai RM 10,713.27 (kadar semasa). Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum ada berita mengenai kemungkinan tentang kehadirannya.