Pada 15 September 2023 yang lepas, Honda CB200X 2023 rasmi diperkenalkan di pasaran India. Model tersebut kini tampil dengan pilihan warna baharu Decent Blue Metallic, di samping tiga pilihan warna terdahulu Pearl Nightstar Black, Sports Red dan Matte Selene Silver Metallic.
Pada masa yang sama, model kembara itu kini turut dilengkapi dengan sistem Assist & Slipper Clutch. Honda CB200X 2023 kekal dikuasakan enjin bersesaran 184.4cc (4 Stroke, SI Engine, PGM-FI) dengan padanan transmisi lima kelajuan, yang kini patuh piawaian emisi BSVI OBD2.
Kuasa maksimumnya 17hp @ 8,500rpm dengan tork 15.9Nm @ 6,000rpm. Spesifikasi menarik lain termasuklah tangki bahan api 12 liter, fork depan USD, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera dengan ABS satu saluran, dan tayar bersaiz 110/70-R17 dan 140/70-R17.
Melengkapkan lagi spesifikasi Honda CB200X 2023 ialah panel meter digital, sistem lampu LED, Engine Stop Switch, Hazard Switch, pelindung tangan dengan lampu signal, tinggi tempat duduk 810 mm, dan jarak kelegaan tanah 167 mm. Berat model tersebut ialah 147 kg (kerb weight).
Untuk pasaran India, harga jualannya ditawarkan sebanyak Rs. 1,46,999.00, bersamaan nilai RM 8,119.93 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Setakat ini belum ada sebarang maklumat sama ada Honda CB200X yang sporty ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia.