Honda RS-X 2024 diperkenalkan dengan empat warna baharu, harga bermula dari RM 9,848.00

Boon Siew Honda hari ini rasmi memperkenalkan model moped Honda RS-X 2024, yang kini tampil dengan empat warna baharu. Empat warna baharu itu ialah Mat Charcoal Gray Metallic (Gold), Candy Scintillate Red, Force Silver Metallic (Red) dan Force Silver Metallic (Blue).

Untuk model berwarna Mat Charcoal Gray Metallic (Gold), harga asasnya ditawarkan sebanyak RM 9,848.00, dan akan tiba di cawangan pengedar pada 4 Januari 2024. Tiga warna lain pula berharga RM 9,798.00, dan akan berada di cawangan pengedar pada tarikh 18 Januari 2024.

Selain pilihan warna baharu, Honda RS-X 2024 masih mengekalkan spesifikasi terdahulu tanpa sebarang naik taraf terkini. Enjinnya 149.16cc dengan padanan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimumnya mencapai 15.8hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 13.6Nm @ 7,000rpm.

Spesifikasi lain seperti tangki petrol 4.5 liter, fork depan teleskopik, suspensi belakang tunggal, sistem brek cakera dengan ABS Single Channel, tayar bersaiz 90/80-17 (depan) dan 120/70-17 (belakang), panel meter digital LCD, sistem lampu LED, dan tinggi tempat duduknya 795 mm.

Untuk makluman, Honda RS-X pada bulan November 2023 yang lepas telah diperkenalkan dengan dua pilihan warna baharu iaitu Radiate Gray Metallic dan Trico White Edition. Sebelum itu pada bulan Oktober 2023, Honda RS-X Repsol Edition 2023 telah diperkenalkan.

Pada masa yang sama, Honda RS-X 2023 dengan tiga pilihan warna yang diperkenalkan pada bulan Disember 2022, masih boleh didapati di pasaran. Mungkin ini adalah perancangan pihak Boon Siew Honda agar para peminat model moped tersebut mempunyai lebih banyak pilihan.