Kawasaki KX250 2024 diperkenalkan, harga RM 35,000.00

Kawasaki Malaysia baru-baru ini secara rasmi memperkenalkan jentera off-road Kawasaki KX250 2024, sebagai kesinambungan kepada model Kawasaki KX250 2023. Berdasarkan paparan imej untuk model tahun 2024, perbezaan yang ditawarkan ialah tempat duduk dan penutup fork depan kini berwarna hijau, menggantikan warna hitam pada model tahun 2023. Nama skim warna masih lagi sama iaitu Lime Green, manakala harga jualan asasnya juga kekal sebanyak RM 35,000.00.

Beralih ke bahagian teknikal, Kawasaki KX250 2024 ini dilengkapi enjin bersesaran 249cc (Liquid-cooled, 4-stroke Single, DOHC, 4 valves) dengan transmisi lima kelajuan. Spesifikasi menarik lain termasuklah sistem penghidup elektrik, tangki petrol 6.2 liter, fork depan USD 48 mm, dan tempat duduk pada paras 960 mm. Melengkapkan lagi model tersebut ialah Launch Control Mode, sistem klac hidraulik, Renthal aluminium Fatbar yang dipasang sebagai ciri standard, dan berat 108 kg.