Kawasaki KX250X 2024 diperkenalkan, harga RM 35,500.00

Selain model Kawasaki KX250 2024, turut diperkenalkan baru-baru ini di pasaran Malaysia ialah Kawasaki KX250X 2024. Sama seperti KX250, KX250X juga kini tampil dengan perubahan warna baharu hijau pada tempat duduk dan penutup fork depan, menggantikan warna hitam pada model Kawasaki KX250X 2023. Harga jualan asasnya pula kekal sebanyak RM 35,500.00. Di bahagian spesifikasi, juga tiada sebarang perubahan, dan enjinnya sama seperti model Kawasaki KX250.

Berdasarkan maklumat terdahulu, Kawasaki KX250X 2024 mempunyai beberapa ciri berbeza jika dibandingkan dengan model Kawasaki KX250 2024. Ianya termasuklah rim tayar belakang 18 inci dengan saiz roda 110/100, dilengkapi tongkat sisi, skid plate di bawah enjin, brek cakera belakang tampil dengan cover pelindung, tinggi tempat duduk 945 mm, jarak kelegaan bumi hanya 330 mm berbanding 345 mm pada KX250, dan beratnya 109.2 kg berbanding hanya 108 kg pada KX250.