Kawasaki Malaysia baru-baru ini rasmi melancarkan model motocross baharu Kawasaki KX250 2023, dengan harga RM 35,000.00, khusus untuk kegunaan off-road sahaja.
Model tersebut tidak boleh digunakan di jalan raya biasa, kerana tidak dilengkapi lampu depan, lampu belakang, lampu penunjuk arah, dan juga cermin pandang belakang.
Hanya satu pilihan warna tersedia iaitu Lime Green. Enjinnya bersesaran 249cc (Liquid-cooled, 4-stroke Single, DOHC, 4 valves) dengan gandingan transmisi lima kelajuan.
Kawasaki KX250 seterusnya dilengkapi tangki petrol 6.2 liter, sistem penghidup elektrik, sistem brek cakera, dan tayar depan dan belakang bersaiz 80/100-21 dan 110/90-19.
Fork depannya merupakan USD 48 mm, dengan padanan suspensi belakang Uni-Trak. Tinggi tempat duduk 960 mm, manakala jarak kelegaan bumi pada paras 345 mm.
Melengkapkan model itu ialah Launch Control Mode, sistem klac hidraulik, dan Renthal aluminium Fatbar yang dipasang sebagai ciri standard. Beratnya mencapai 108 kg.