BMW S 1000 XR 2024 kini dilengkapi enjin yang lebih berkuasa

BMW Motorrad baru-baru ini rasmi memperkenalkan BMW S 1000 XR 2024, yang kini dilengkapi enjin lebih berkuasa.

Enjin empat silinder bersesaran 999cc itu kini menghamburkan kuasa maksimum sehingga 170hp @ 11,000rpm (sebelumnya 165hp), manakala tork maksimum kekal pada 114Nm @ 9,250rpm.

Selain itu, model sports bike jarak jauh berkenaan kini turut menerima peningkatan tahap ergonomik, rekaan diperkemaskan semula, dan tambahan ciri-ciri standard baharu.

Pilihan warna yang ditawarkan untuk BMW S 1000 XR 2024 ialah tiga kesemuanya iaitu Blackstorm Metallic, Gravityblue Metallic dan Lightwhite Solid Paint / Motorsport.