BMW M 1000 XR 2024 diperkenalkan, model ketiga di dalam siri M

Untuk peminat yang mahukan kuasa dan prestasi tunggangan pada tahap yang lebih tinggi berbanding model standard BMW S 1000 XR 2024, BMW Motorrad baru-baru ini turut memperkenalkan BMW M 1000 XR 2024.

Ianya merupakan model ketiga di dalam siri M, selepas model superbike BMW M 1000 RR dan model roadster BMW M 1000 R.

Berada di dalam segmen sports bike untuk tunggangan jarak jauh, BMW M 1000 XR 2024 dikuasakan enjin empat silinder bersesaran 999c.

Enjin tersebut menghamburkan kuasa maksimum 201hp @ 12,750rpm dengan tork puncak 113Nm @ 11,000rpm. Lebih menarik, berat kering model itu hanyalah 223 kg sahaja.