Yamaha R1 GYTR PRO 25th Anniversary 2023 diperkenalkan, edisi terhad 25 unit sahaja

Yamaha Motor Europe rasmi memperkenalkan Yamaha R1 GYTR PRO 25th Anniversary 2023, yang ditawarkan dalam edisi terhad 25 unit sahaja. Jentera berprestasi tinggi itu meraikan ulangtahun kali ke-25 model Yamaha YZF-R1, yang dilancarkan buat pertama kali pada tahun 1998 yang lalu.

Yamaha R1 GYTR PRO 25th Anniversary 2023 dibina secara buatan tangan oleh rangkaian GYTR PRO Shop di Eropah, dengan menggunakan peralatan dan alat ganti berprestasi tinggi sama seperti jentera perlumbaan Yamaha dalam saingan WorldSBK dan FIM Endurance World Championship.

Dengan jentera R1 GYTR PRO 25th Anniversary yang khusus untuk aksi di litar ini, para pemiliknya nanti bakal merasai suasana perlumbaan sebenar bagaikan menunggang jentera WSBK. Untuk yang berminat, tempahan untuk model tersebut telah dibuka oleh Yamaha Motor Europe secara online.

Galeri : Yamaha R1 GYTR PRO 25th Anniversary 2023

Galeri : Yamaha YZF-R1 1998