Lifan baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah model skuter terbaharu iaitu Lifan Blues 150 2023. Model tersebut hadir dengan lima pilihan warna menarik. Dari segi reka bentuk pula, model skuter itu tampil mirip model skuter popular Yamaha XMAX 250, terutamanya di bahagian lampu depan.
Lifan Blues 150 2023 dilengkapi enjin bersesaran 149.3cc (single-cylinder, water-cooled, four-stroke) dengan padanan sistem transmisi automatik. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 12.23hp (9.0kW) @ 8,500rpm dengan tork 11.8Nm @ 5,500rpm. Kelajuan maksimumnya mencapai 93 km/j.
Model skuter berkenaan seterusnya dilengkapi fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, sistem brek cakera depan dan belakang, tayar bersaiz 110/70-13 (depan) dan 130/70-13 (belakang), tinggi tempat duduk 760 mm, dan kapasiti tangki bahan api 13 liter. Beratnya 141 kg (net weight).
Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi Lifan Blues 150 ini termasuklah sistem lampu LED, paparan instrumen digital, sistem kunci mekanikal (Standard Edition) dan sistem kunci pintar (Luxury Edition), ruang storan yang luas di bawah tempat duduk, dan juga rak bagasi belakang (rear luggage rack).