Salah sebuah model skuter terbaharu yang dipamerkan oleh SYM di pameran EICMA 2022 yang lalu ialah SYM ADX 125 2023. Model tersebut ketika ini telah ditawarkan di pasaran Eropah, dan mungkinkah selepas ini ianya akan dilancarkan di Malaysia?
Pada tarikh 31hb. Mei 2023 baru-baru ini, Honda Grom 2024 dengan rasminya telah diperkenalkan di pasaran USA. Model mini tersebut ditawarkan dalam tiga pilihan varian iaitu Grom (Non-ABS), Grom SP ( Non-ABS), dan varian teratas Grom ABS.
Pada tarikh 26hb. Mei 2023 baru-baru ini, Honda telah memperkenalkan model Honda GB350 2023 dan Honda GB350 S 2023 untuk pasaran Jepun. Berbanding model tahun sebelumnya, kedua-dua model tersebut kini telah menerima pilihan warna baharu.
Model skuter adventure terbaharu Honda ADV350 2023 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Setakat ini antara pasaran luar negara yang telah menerima pelancaran model tersebut secara rasmi ialah pasaran Thailand, Eropah, Taiwan dan Korea Selatan.
Kawasaki di pasaran India baru-baru ini rasmi melancarkan model Kawasaki Ninja 300 2023, yang kini telah menerima kemaskini tiga pilihan warna baharu. Ketiga-tiga warna menarik itu ialah Candy Lime Green, Metallic Moondust Gray dan Lime Green.
Ducati baru-baru ini telah memperkenalkan Ducati Hypermotard 950 RVE 2024, dengan warna baharu Graffiti Livery Evo yang diinspirasikan daripada seni jalanan. Menurut Ducati, model fun bike itu telah berada di pasaran Eropah bermula bulan Jun ini.