Model kapcai Yamaha Town Mate keluaran tahun 1982 ini dilengkapi enjin empat lejang yang bersesaran hanya 49cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valve, single-cylinder).
Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 5.0PS @ 7,500rpm dengan tork maksimum 4.9Nm @ 6,500rpm. Harganya di pasaran Jepun pada ketika itu ialah ¥132,000.00.
Apa yang menariknya ialah Yamaha Town Mate 1982 ini dilengkapi dengan sistem aci pemacu bagi menggerakkan roda belakangnya, dan bukan sistem rantai yang biasa.
Alangkah menariknya kalau sistem aci pemacu (drive shaft) seperti itu digunakan untuk model-model kapcai dan moped yang ditawarkan di pasaran semasa pada ketika ini.