BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan model naked roadster BMW R 1250 R 2023, dengan harga jualan RM 114,500.00 (tidak termasuk insuran).
Model baharu itu ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Sport dan Triple Black, dan dikuasakan enjin 1,254cc (air / liquid-cooled, twin-cylinder, four-stroke boxer engine).
Enjin berprestasi tinggi itu dipadankan transmisi enam kelajuan dan sistem aci pemacu, dan menjana kuasa maksimum 136hp @ 7,750rpm dengan tork 143Nm @ 6,250rpm.
Untuk jarak perjalanan lebih jauh, BMW R 1250 R 2023 kemudiannya dilengkapi tangki bahan api 18 liter. Berat keseluruhan jentera naked yang sporty itu mencapai 239 kg.
Melengkapkannya ialah panel meter TFT dengan BMW Motorrad Connectivity, Dynamic Traction Control (DTC), Integral ABS Pro (lean-optimised ABS), 3 mod tunggangan iaitu Eco, Rain dan Road, Hill Start Control (HSC), dan juga Dynamic Brake Control (DBC).
Untuk lebih kemudahan, terdapat soket pengecas USB, di samping sistem keselamatan yang diperlukan pada saat-saat tak terduga iaitu sistem panggilan kecemasan pintar.