Untuk pasaran Thailand pada tahun 2006, salah sebuah model kapcai yang ditawarkan ialah Yamaha Spark X, yang tergolong dalam keluarga Yamaha Lagenda di Malaysia.
Yamaha Spark X 2006 tampil sporty dengan skim warna dan grafik yang menyerlah, di samping spesifikasi dan ciri-cirinya yang menarik. Enjinnya pula bersesaran 110.3cc.
Berdasarkan maklumat dari negara jiran, enjin empat lejang dengan sejukan udara itu digandingkan dengan transmisi empat kelajuan. Kapasiti tangki bahan apinya 4.5 liter.
Peti rantai pula merupakan ciri standard agar rantai lebih tahan lama. Yamaha Spark X 2006 ini adalah sama dengan model Yamaha Lagenda 110Z Burung Hantu di Malaysia.