Pada tahun lepas, Honda Super Cub 110 2022 di pasaran Thailand telah diperkenalkan dengan empat pilihan warna menarik, serta kekal dengan gaya retro yang menawan.
Harga jualannya ialah sebanyak THB 47,700, bersamaan RM 6,249.79 mengikut kadar semasa. Ianya dilengkapi Honda Smart Engine bersesaran 109.5cc dengan PGM-FI.
Enjin empat lejang SOHC yang cekap dan ekonomi itu digandingkan dengan kotak gear empat kelajuan yang lancar, namun jumlah keluaran kuasa dan tork tidak diumumkan.
Pelbagai ciri-ciri menarik melengkapi Honda Super Cub 110 2022 tersebut, termasuklah lampu depan LED, panel meter retro dan digital, dan sistem suspensi yang tahan lasak.
Tempat duduknya tampil selesa dengan ketinggian 744 mm, dan tayar bersaiz 70/90-17 (depan) dan 80/90-17 (belakang) membaluti rim jenis lidi. Kapasiti tangki petrol 4.2 liter.
Sementara itu, sistem brek depan dan belakang masih menggunakan brek jenis dram. Untuk pasaran Malaysia, setakat ini tiada maklumat bilakah model ini akan dilancarkan.