Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA 2022 di pasaran Vietnam

Yamaha Exciter 155 VVA 2022 di pasaran Vietnam tampil dengan beberapa pilihan warna menarik, antaranya seperti warna Red – Silver dan Yellow bagi varian Standard dan Premium. Sementara itu Yamaha Exciter 155 VVA GP Version 2022 turut tampil dengan skim warna terbaharu, seperti mana yang dipaparkan di dalam galeri di bawah. Spesifikasi teknikal pula kekal sama seperti sedia ada.

Berikut ialah senarai harga yang ditawarkan di pasaran Vietnam bagi ketiga-tiga pilihan warna itu :

  • Red – Silver (Standard) : VND 47,590,000 (RM 8,869.99)
  • Red – Silver (Premium) : VND 50,590,000 (RM 9,429.14)
  • Yellow (Standard) : VND 47,590,000 (RM 8,869.99)
  • Yellow (Premium) : VND 50,590,000 (RM 9,429.14)
  • GP Version : VND 51,090,000 (RM 9,522.33)

Paling terkini, Yamaha Exciter 155 VVA 2023 telah diperkenalkan baru-baru ini dengan tiga pilihan warna baharu. Di pasaran Vietnam, apabila warna terbaharu diperkenalkan, warna lama masih lagi kekal ditawarkan, berdasarkan maklumat di dalam laman sesawang rasmi Yamaha Motor Vietnam. Secara tidak langsung memberikan lebih banyak pilihan warna kepada peminat model berkenaan.