Di pasaran Malaysia, Honda RS-X secara rasminya dilancarkan pada tarikh 01hb. November 2021. Model tersebut seterusnya diperkenalkan dalam versi Repsol Edition pada tarikh 15hb. April 2022. Pada hari ini pula, Boon Siew Honda dengan rasminya memperkenalkan Honda RS-X 2023, dalam tiga pilihan skim warna terbaharu iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue dan Lemon Ice Yellow.
Month: December 2022
Suzuki Raider R150 Fi Special Edition Azlan Shah 2023 kini di pasaran Malaysia, harga asas RM 11,988.00
Setelah agak lama menunggu ketibaannya, model moped terpantas Suzuki Raider R150 Fi Special Edition Azlan Shah 2023 kini rasmi berada di pasaran Malaysia. Merupakan edisi terhad sebanyak 300 unit sahaja, harga jualan asasnya ialah sebanyak RM 11,988.00, lebih tinggi berbanding harga model standard Suzuki Raider R150 Fi 2022 yang ditawarkan dengan harga asas RM 8,173.00.
Sport bike pertama Aveta bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, pada Januari 2023
Sekitar bulan Ogos 2022 yang lepas, Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. telah rasmi mengumumkan bahawa syarikat pengeluar motosikal tempatan itu akan melancarkan beberapa buah model baharu pada tahun 2023. Terkini menurut sumber yang boleh dipercayai, Aveta bakal melancarkan sebuah model sport bike terbaharu dengan enjin 250cc, pada pertengahan Januari 2023 akan datang.
Kove NK321RR-S 2023 tampil sporty, kelajuan maksimum 170 km/j
Antara berita menarik mengenai model sport bike Kove NK321RR ialah model tersebut diumumkan bakal bersaing dalam kelas WSSP300 di acara perlumbaan WorldSBK mulai tahun depan. Setakat ini jentera perlumbaan yang akan digunakan itu sedang menjalani proses homologasi oleh FIM bagi melayakkan penyertaannya. Untuk makluman, Kove NK321RR merupakan produk buatan China.
Honda CL300 2023 rasmi dilancarkan di pasaran China
Selepas pasaran Eropah menerima model scrambler terbaharu Honda CL500 2023, pasaran China pula kini menerima model yang sama dengan enjin lebih kecil iaitu Honda CL300 2023. Setakat ini berdasarkan pemerhatian, spesifikasi di antara kedua-dua model adalah sama, kecuali bagi model CL300, jarak kelegaan tanahnya lebih tinggi iaitu 165 mm berbanding 155 mm pada model CL500.
Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) terima 40 buah model motosikal BMW R1250RT
Menurut sumber dari halaman Facebook Tentera Darat Malaysia, Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain telah menyempurnakan Perasmian Penyerahan Motosikal Penguatkuasa Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) Model BMW R1250RT, yang diadakan di Padang Kawad Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja (PULAPOT), Setapak pada tarikh hari ini.






