Setelah agak lama menunggu ketibaannya, model moped terpantas Suzuki Raider R150 Fi Special Edition Azlan Shah 2023 kini rasmi berada di pasaran Malaysia. Merupakan edisi terhad sebanyak 300 unit sahaja, harga jualan asasnya ialah sebanyak RM 11,988.00, lebih tinggi berbanding harga model standard Suzuki Raider R150 Fi 2022 yang ditawarkan dengan harga asas RM 8,173.00.
Perbezaan yang ditawarkan oleh versi Special Edition Azlan Shah ini ialah penampilannya kelihatan lebih garang melalui skim warna merah yang digunakan, di samping pelekat dan rekaan grafik yang bertemakan pelumba motosikal negara Azlan Shah dan Amitec, selain nombor siri yang menjadikan model moped itu lebih eksklusif. Malah ianya juga dilengkapi aksesori khas daripada Racing Boy.
Di bahagian enjin bagaimanapun, ianya masih sama seperti model standard. Suzuki Raider R150 Fi Special Edition Azlan Shah 2023 dikuasakan enjin 147.3cc (satu silinder, sejukan cecair, DOHC, 4-injap) dengan kuasa setinggi 18.2hp @ 10,000rpm dan tork puncak 13.8Nm @ 8,500rpm. Untuk anda yang mungkin berminat, bolehlah membuat tempahan segera sebelum ianya kehabisan stok.
Sumber gambar : Chm Superbike FB & Kp Siah Motor FB