Italjet pamer Dragster #e01 Electric 2023 dan Dragster 200 Malossi di EICMA 2022

Selain daripada model konsep Dragster 500GP, Italjet pada masa yang sama turut mempamerkan dua model lain di EICMA 2022 iaitu Dragster #e01 Electric 2023 dan Dragster 200 Malossi. Menurut Italjet, Dragster #e01 Electric yang dipamerkan itu merupakan versi terakhir pembangunannya yang kini bersedia untuk dilancarkan pada separuh kedua tahun depan, dengan kuasa maksimum 12kW.

Bagi model Dragster 200 edisi Malossi pula, ianya terhasil melalui perjanjian di antara Italjet dengan akademi perlumbaan Malossi. Melalui perjanjian itu, Italjet akan membekalkan 10 unit Dragster 200 kepada peserta akademi itu yang mengajar kanak-kanak berusia antara 14 tahun ke 24 tahun. Apa yang menariknya ialah skim warna yang dikenakan pada Dragster 200 Malossi itu begitu memikat.

Menurut Italjet lagi, Dragster 125 dan Dragster 200 ketika ini telah berjaya mencatatkan jualan yang baik. Setakat ini sebanyak 7,000 unit Dragster 125 dan 200 terjual di seluruh dunia, antara pasaran Eropah dan Asia Tenggara. Berdasarkan pemintaan yang tinggi dari pasaran luar negara, syarikat tersebut merancang untuk meluaskan lagi pasarannya ke USA, bermula pada penghujung 2023.

Galeri : Italjet Dragster #e01 Electric 2023

Galeri : Italjet Dragster 200 Malossi Version