GPX Thailand pada 28hb. Oktober 2022 baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model GPX Demon GR200R Da Corsa 2 2023 untuk pasaran Thailand. Model tersebut tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Racing Gray, Da Corsa Blue dan Daytona Black, dengan harga jualan sebanyak THB 89,500.00, bersamaan nilai RM 11,198.59 mengikut kadar mata wang semasa.
GPX Demon GR200R Da Corsa 2 2023 dikuasakan enjin bersesaran 198cc (1 cylinder, 4 stroke, SOHC, 4 valves) dengan sistem transmisi enam kelajuan, dan menawarkan tork setinggi 17.5Nm @ 7,500rpm. Ciri-ciri menarik yang melengkapi sport bike itu termasuklah tangki bahan api 11 liter, panel meter digital, sistem lampu LED, fork depan USD, sistem brek cakera, dan beratnya 155 kg.
Artikel berkaitan :
- GPX Demon GR200R Race Da Corsa 2020 dilancarkan untuk pasaran Thailand, edisi terhad 560 unit
- GPX Demon GR200R SE 2022 kini dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM11,888.00