Pada bulan November 2021 yang lepas, Honda dengan rasminya telah mendedahkan bahawa mereka bakal melancarkan kembali model Honda Hornet. Hari ini, Honda telah mendedahkan lakar terbaharu model tersebut, yang dihasilkan oleh pusat R&D Honda di Rom, Itali, bersama-sama kolaborasi rapat dengan pusat R&D Honda di Jepun.
Menurut Honda, pereka model konsep Honda Hornet terbaharu ini ialah Giovanni Dovis, 28 tahun, yang sebelum ini telah terlibat dalam rekaan model skuter Honda ADV350. Di bawah berikut ialah apa yang diperkatakan oleh beliau mengenai lakaran model konsep Honda Hornet terbaharu ini.
Giovanni Dovis, Designer, Honda R&D Europe, Italy:
“Honda’s design philosophy is to create something pure and functional in an uncomplicated way – models which are both beautifully simple and emotionally appealing. The sketches show how the Hornet design concept promises agility, dynamism and light weight thanks to its slim proportions, pointy tail section and super-sharp lines. It creates a new compactly proportioned look, and has hallmarks of tension and aggression from front to back, outlining the Hornet’s true sporting purpose.”
Berdasarkan maklumat awal, Honda Hornet generasi baharu ini bakal dilancarkan pada tahun 2022/2023, dan mungkin akan didedahkan secara rasmi pada hujung tahun ini di EICMA 2022. Enjinnya dikatakan bersesaran 755cc, jadi sama-sama kita nantikannya.