Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) pada kelmarin dengan rasminya telah melancarkan model terbaharu Yamaha YZF-R15M 2022 untuk pasaran Malaysia. Hadir dalam pilihan warna Signature M dan Monster Energy Edition, harga jualan asasnya adalah sebanyak RM 14,998.00 sahaja, dan ianya tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan.
Month: June 2022
Yamaha MT-09 2022 terima kemaskini warna baharu di pasaran Malaysia, harga kekal RM 54,998.00
Pada pertengahan bulan Jun baru-baru ini, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengumumkan kemaskini dua pilihan warna baharu untuk model Yamaha MT-09 2022. Kedua-dua warna baharu itu ialah Cyan Storm dan Tech Black, yang kini tampil lebih sporty dan segar. Harga jualan asasnya pula kekal tidak berubah iaitu RM 54,998.00.
Modenas dan Kawasaki akan membangunkan Super Moped serba baharu sepenuhnya, prototaip lama tidak lagi relevan
Antara berita menarik yang diumumkan oleh Modenas kepada pihak media kelmarin ialah mengenai pelancaran model sports 250cc empat silinder Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 untuk pasaran Malaysia, yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan. Pada masa yang sama, Modenas turut mengumumkan berita mengenai model Super Moped.
Yamaha MT-15 2022 kini terima kemaskini warna baharu di pasaran Malaysia, harga meningkat kepada RM 12,298.00
Jentera naked Yamaha MT-15 2022 baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia, kini tampil dengan tiga skim warna terbaharu yang lebih sporty dan segar iaitu Cyan Storm, Icon Blue dan Midnight Black. Harga asasnya bagaimanapun kini naik sedikit daripada harga terdahulu RM 11,988.00, kepada RM 12,298.00 (naik sebanyak RM 310.00).
Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 sah akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun depan
Modenas pada hari ini bertempat di kilang mereka di Gurun, Kedah, telah mengadakan perjumpaan rasmi dengan pihak media. Melalui perjumpaan tersebut, pihak Modenas akhirnya telah mengesahkan bahawa model yang ditunggu-tunggu iaitu Kawasaki Ninja ZX-25R 2023 akhirnya bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia mulai tahun depan.
Zontes 350D 2022 dilancarkan di pasaran China, 36.2hp dan 38Nm, harga jualan RM 18,896.93
Zontes baru-baru ini telah melancarkan sebuah model skuter maxi terbaharu di pasaran China, dan ianya dikenali dengan nama Zontes 350D 2022. Model tersebut mempunyai penampilan yang lebih sporty dan bergaya jika dibandingkan dengan model sebelum ini iaitu Zontes ZT310M, yang pernah dikatakan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia. Harga jualannya di pasaran China ialah CNY 28,800, […]






