Model sportbike Honda CBR650R 2021 di pasaran Eropah sebelum ini telah menerima beberapa naik taraf terbaharu, dan model tersebut kemudiannya telah pun dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Februari 2021 yang lepas. Harga jualan asasnya ialah sebanyak RM 45,499.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).
Month: January 2022
Kawasaki perkenal empat model istimewa siri Z dalam edisi 50th Anniversary (1972 – 2022)
Kawasaki baru-baru ini memperkenalkan empat buah model dalam siri Z, bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-50 (1972 – 2022) untuk siri model tersebut. Keempat-empat model istimewa itu ialah Kawasaki Z650, Z900, Z650RS dan Z900RS, sebagai perhormatan kepada model legenda Kawasaki Z1 yang muncul pada tahun 1972.
Benelli Imperiale 400 SE (N1) 2022 di pasaran Malaysia kini tampil lebih bergaya dan elegan
Untuk pasaran tempatan, Benelli Malaysia (MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.) sebelum ini telah melancarkan model bergaya klasik Benelli Imperiale 400 2020. Model tersebut terus ditawarkan sehingga ke tahun 2021, dan kini versi terbaharu Benelli Imperiale 400 SE (N1) 2022 pula muncul dengan penampilan yang lebih bergaya dan lebih elegan.
Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 di pasaran domestik Jepun kini terima satu pilihan warna baharu
Model sportbike berprestasi tinggi Kawasaki Ninja ZX-25R 2022 mula ditawarkan untuk pasaran domestik Jepun sejak bulan September 2021 yang lepas, dalam tiga versi dan pilihan warna iaitu Standard (Metallic Spark Black), SE (Metallic Matte Graphene Steel Gray / Metallic Spark Black), dan termasuklah SE KRT Edition (Lime Green / Ebony).
Skuter Yamaha Aerox 155 2022 di pasaran India terima warna baharu Metallic Black
Di pasaran India, skuter Yamaha Aerox 155 2021 dilancarkan dalam bulan September yang lepas, dalam tiga pilihan warna Racing Blue, Grey Vermillion dan Monster Energy MotoGP Edition. Pada bulan Disember 2021 baru-baru ini pula, skuter berkenaan telah didatangkan dengan satu lagi pilihan warna baharu yang menarik iaitu Metallic Black.
SYM Jet X TCS 2022 diperkenalkan dengan naik taraf terkini
SYM baru-baru ini telah memperkenalkan skuter sporty SYM Jet X 125 TCS 2022 dan SYM Jet X 150 TCS 2022, yang telah menerima beberapa naik taraf terkini. Naik taraf pertama ialah kedua-dua model tersebut kini telah dilengkapi Traction Control System (TCS), manakala naik taraf kedua ialah ianya kini dilengkapi Keyless System 2.0.






