Kawasaki baru-baru ini memperkenalkan empat buah model dalam siri Z, bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-50 (1972 – 2022) untuk siri model tersebut. Keempat-empat model istimewa itu ialah Kawasaki Z650, Z900, Z650RS dan Z900RS, sebagai perhormatan kepada model legenda Kawasaki Z1 yang muncul pada tahun 1972.
Kawasaki Z650 50th Anniversary 2022 dan Kawasaki Z900 50th Anniversary 2022 bagi edisi tersebut tampil dalam skim warna Firecracker Red, bersama-sama rim roda merah dan jalur grafik hitam dan putih. Turut melengkapi ialah logo pada tangki bahan api dan fender depan berwarna emas, termasuklah fork depan berwarna emas untuk Z900.
Bagi model Kawasaki Z650RS 50th Anniversary 2022 dan juga Kawasaki Z900RS 50th Anniversary 2022, kedua-duanya tampil dengan skim warna bernama Candy Diamond Brown. Kedua-dua model berkenaan turut dilengkapi rim roda berwarna emas dan logo 50th Anniversary di atas tangki bahan api, serta emblem “Double Overhead Camshaft”.
Spesifikasi teknikal untuk keempat-empat buah model istimewa edisi 50th Anniversary itu bagaimanapun kekal sama seperti mana yang dimiliki oleh versi standard. Setakat ini antara pasaran yang menerima kehadiran model-model tersebut ialah Jepun, Australia, Eropah dan USA. Untuk pasaran Malaysia pula, belum ada sebarang maklumat rasmi.
Galeri : Kawasaki Z650 50th Anniversary 2022
Galeri : Kawasaki Z900 50th Anniversary 2022
Galeri : Kawasaki Z650RS 50th Anniversary 2022
Galeri : Kawasaki Z900RS 50th Anniversary 2022