GPX Malaysia sebentar tadi dengan rasminya mengumumkan ketibaan model sportbike terbaharu GPX Demon GR200R SE 2022, dengan harga jualan RM 11,888.00 sahaja. Model berkenaan sebelum ini dilancarkan di pasaran Thailand dalam bulan September 2021 yang lepas, dalam tiga pilihan warna dan grafik yang cukup menarik dan sporty.
Month: December 2021
Suzuki Satria F150 2022 kini terima warna baharu di pasaran Indonesia, prestasi brek depan turut dipertingkatkan
Untuk pasaran Malaysia, Suzuki Belang R150 2022 bakal dilancarkan secara rasminya dalam suku pertama tahun depan. Namun sebelum itu, apa kata kita lihat dahulu model kembarnya di pasaran Indonesia iaitu Suzuki Satria F150 2022. Dilancarkan kelmarin, model tersebut kini tampil dengan tiga pilihan warna baharu yang lebih sporty iaitu Titan Black, Pearl Bright Ivory – […]
Suzuki V-Strom 650 dan V-Strom 650XT 2022 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah
Suzuki baru-baru ini telah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk model kembara Suzuki V-Strom 650 2022 dan Suzuki V-Strom 650XT 2022 di pasaran Eropah. Bagi model V-Strom 650, ianya kini ditawarkan dua pilihan warna terbaharu Pearl Vigor Blue dan Glass Sparkle Black, bersama-sama pilihan warna terdahulu Pearl Brilliant White.
Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA GP Version 2022 di pasaran Vietnam
Yamaha Motor Vietnam baru-baru ini telah memperkenalkan skim warna baharu untuk model moped popular Yamaha Exciter 155 VVA 2022, dalam versi GP, Premium dan juga Standard. Untuk model GP Version, anda boleh saksikan gambar-gambar menarik di dalam galeri di bawah, kali ini disiarkan dalam resolusi yang lebih tinggi dan jelas.
Skuter elektrik Ovaobike CT-X 2022 muncul di EICMA 2021
Pada masa hadapan, skuter elektrik mungkin akan menjadi pilihan kebanyakan peminat motosikal tempatan. Ini kerana ianya lebih menjimatkan kos kerana tidak menggunakan petrol, di samping lebih mesra alam sekitar. Namun begitu sebelum ianya bakal menjadi kenyataan, gaya dan rekaan skuter elektrik perlulah sporty dan tidak membosankan.
Honda CBR250RR 2022 di pasaran Jepun kini tampil dengan pilihan warna terbaharu Graphite Black
Honda di pasaran domestik Jepun baru-baru ini telah memperkenalkan model terbaharu Honda CBR250RR 2022, yang kini tampil dalam pilihan warna baharu Graphite Black. Pilihan warna berkenaan ditawarkan bersama-sama tiga pilihan warna sebelumnya dari musim 2021 iaitu Matte Gun Powder Black Metallic, Pearl Glare White dan Tricolour.






