Model skuter bergaya kembara @ adventure Dayang ADV150 2021 merupakan antara model yang dinanti-nantikan pelancarannya di pasaran Malaysia. Namun sehingga kini pelancaran rasminya oleh sebuah syarikat pengeluar motosikal tempatan masih belum berlangsung, walaupun imej ‘teaser’ model berkenaan telah pun muncul baru-baru ini.
Month: September 2021
Kawasaki Z650RS 2022 diperkenalkan untuk pasaran Eropah, harga bermula dari RM 42,552.74
Kawasaki Motor Europe baru-baru ini dengan rasminya memperkenalkan sebuah model motosikal terbaharu dalam segmen retro moden iaitu Kawasaki Z650RS 2022. Dengan menggunakan tagline ‘Retrovolution’, Z650RS sememangnya tampil dengan gaya klasik yang kental, dan mengingatkan kita kembali kepada model Z650-B1 pada era 1970an.
Rato SVR180 kini dikatakan memiliki kuasa enjin maksimum 17.0hp dan tork setinggi 13.8Nm
Salah sebuah model moped yang dinanti-nantikan pelancarannya di pasaran China dan juga kemungkinan akan dilancarkan di pasaran Malaysia ialah Rato SVR180. Sebelum ini model berkenaan dikatakan hadir dengan kuasa maksimum 15.6PS dan tork setinggi 12.8Nm, namun kini prestasinya itu dikatakan berada pada tahap yang lebih tinggi.
Modenas Pulsar NS200 ABS 2021 terima kemaskini warna baharu, harga asas kekal sebanyak RM 9,655.00
Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) hari ini memperkenalkan Modenas Pulsar NS200 ABS edisi 2021, yang kini telah menerima skim warna baharu Burnt Red, Plasma Blue dan Pewter Grey. Harga jualan asas untuk model naked berkenaan masih kekal sama seperti model edisi tahun 2020, iaitu sebanyak RM 9,655.00 sahaja.
Kawasaki Z125 2022 terima kemaskini skim warna baharu di pasaran Eropah, harga bermula dari RM 22,202.10
Sejak tahun 2019 yang lalu, Kawasaki Motor Europe telah memperkenalkan dua model terbaharu untuk pasaran Eropah dengan kelengkapan enjin 125cc iaitu Kawasaki Ninja 125 dan Kawasaki Z125. Ketika ini, Kawasaki Ninja 125 2022 baru saja diperkenalkan dengan pilihan warna terbaharu, begitu juga dengan model Kawasaki Z125 2022.
Honda Dream Forever Glory 2021 di pasaran Kemboja tampil lebih mewah dan elegan
Honda NCX Cambodia baru-baru ini telah melancarkan model kapcai terbaharu Honda Dream Forever Glory 2021 di pasaran Kemboja, dengan penampilan baharu yang lebih mewah dan elegan. Sebabnya ialah kerana model tersebut kini didatangkan jalur grafik dan emblem berwarna emas sepenuhnya, yang kelihatan begitu menyerlah sekali.






