Honda Monkey 2022 kini di pasaran USA, harga $4,199.00

Untuk pasaran Eropah, Honda Monkey 125 2022 secara rasminya diperkenalkan pada bulan Jun 2021 yang lepas, dengan beberapa pembaharuan terkini. Kini model tersebut telah pun berada di pasaran USA, dengan harga jualan $4,199.00, bersamaan nilai RM 17,702.98). Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Banana Yellow dan Pearl Black.

Honda Monkey 2022 di pasaran USA dikuasakan enjin baharu yang lebih cekap, yang kemudiannya digandingkan dengan kotak gear lima kelajuan. Enjin berkapasiti 124cc itu (air-cooled, single-cylinder, four-stroke, SOHC; two valves per cylinder) menghasilkan kuasa maksimum 9.25hp @ 6,750rpm, dengan tork setinggi 11Nm @ 5,500rpm.

Model mini itu seterusnya dilengkapi tangki bahan api 5.6 liter, panel meter digital LCD, sistem lampu LED, fork depan terbalik 31 mm, suspensi belakang jenis berkembar, brek cakera depan 220 mm dengan ABS, brek cakera belakang 190 mm, ukuran tayar depan dan belakang 120/80-12 dan 130/80-12, dan berat hanya 104 kg (curb weight).