Modenas Pulsar RS200 2021 kini tiba di pengedar terpilih di seluruh negara

Modenas baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model Modenas Pulsar RS200 2021 terbaharu, dengan harga jualan asas RM 9,990.00 (tidak termasuk insuran dan cukai jalan). Menurut Modenas, model tersebut kini telah pun tiba di pengedar terpilih di seluruh negara dan bakal pembeli kini berpeluang untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai Modenas Pulsar RS200 2021 terbaharu, berikut ialah siaran akhbar rasmi yang diterbitkan oleh Modenas, teruskan bacaan anda :

Shah Alam, Isnin, 29 Mac 2021 – Peminat motosikal “street bike” kini boleh mengunjungi pengedar sah MODENAS untuk melihat lebih dekat Modenas Pulsar RS200 versi 2021 yang kini didatangkan dengan warna dan reka bentuk grafik baru. Modenas Pulsar RS200 dengan warna dan reka bentuk grafik yang baru ini telah tiba di pengedar sah MODENAS terpilih di seluruh negara sejak hari Ahad yang lalu.

Dengan harga jualan yang disyorkan sebanyak RM9,990.00 (tanpa insurans dan cukai jalan), Modenas RS200 versi 2021 kini ditawarkan dengan warna “Pearl Metallic White”, “Pewter Grey” yang kedua-duanya mempunyai kemasan berkilat dan “Burnt Red” dengan kemasan matte.

Pemasangan dilakukan dengan kemudahan fasiliti lengkap di kilang MODENAS yang berada di Gurun, Kedah. Modenas Pulsar RS200 versi 2021 dikuasakan oleh enjin DTS-i 4-lejang SOHC 4-injap dengan sejukan cecair, menghasilkan 24.5PS dan 18.6Nm tork. Model ini juga mempunyai ABS tunggal yang menggunakan cakera brek 300 mm di depan dan 230 mm di belakang serta tangki bahan bakar 13 liter.

“Dengan harga Modenas Pulsar RS200 versi 2021 tetap sama dengan varian sebelumnya, jangan tunggu lagi, datang dan kunjungi pengedar sah kami yang berdekatan dengan anda dan dapatkan motosikal Modenas Pulsar RS200 hari ini. Kami berharap pelanggan kami yang telah menunggu Modenas Pulsar RS200 akan berpuas hati dengan pilihan warna baru dan reka bentuk grafik yang ditawarkan,” kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Artikel Popular Minggu Ini :