HLYM dijangka bakal melancarkan model baharu Yamaha Y15ZR V3 2021 pada tarikh 18hb. Mac 2021 (Khamis)

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) akhirnya rasmi mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model baharu pada tarikh 18hb. Mac 2021 (Khamis), bermula jam 7.00 malam, dan akan disiarkan secara langsung melalui laman Facebook Yamaha Motor Malaysia. Mungkinkah model tersebut ialah Yamaha Y15ZR V3 2021?

Melalui video pengumuman yang disiarkan di dalam laman Facebook Yamaha Motor Malaysia sebentar tadi, HLYM nampaknya telah menjalinkan kolaborasi dengan artis tempatan terkenal Zizan Razak, yang pastinya akan menjadi hos utama dalam majlis pelancaran model tersebut. Kebetulan, Zizan Razak sinonim dengan model Ysuku.

Walaupun tidak disebutkan dengan jelas model apakah yang akan dilancarkan nanti, namun Zizan Razak telah memberikan bayangan bahawa model tersebut dilengkapi enjin bersesaran 155cc dengan teknologi VVA. Atau mungkinkah pada masa yang sama HLYM akan turut melancarkan model skuter Yamaha NVX V2 2021 terbaharu?

Perkembangan terbaru ini pastinya menggembirakan peminat Yamaha di pasaran tempatan yang selama ini sabar menanti tarikh pelancaran rasmi Yamaha Y15ZR V3, atau mungkin juga ianya akan dikenali dengan nama Yamaha Y16ZR. Sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi model tersebut dalam tempoh kurang dari seminggu lagi.

Artikel Popular Minggu Ini :