Salah sebuah model motosikal kapcai yang ditawarkan di pasaran Greece pada ketika ini ialah Daytona Sprinter 125. Harga jualan untuk model tersebut adalah sebanyak € 1,595, bersamaan RM 7,853.21 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.
Daytona Sprinter 125 menggunakan enjin empat lejang berkapasiti 119.7cc dengan sistem sejukan jenis udara dan sistem penyampaian bahan api elektronik EFI. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan kota gear empat kelajuan. Kuasa maksimumnya ialah 8.5PS @ 8,000rpm dengan tork maksimum 8.3Nm @ 5,500rpm.
Daytona Sprinter 125 mempunyai reka bentuk yang menarik dan sporty. Selain itu ianya juga dilengkapi brek cakera depan dan belakang dengan teknologi Combines Braking System (CBS), panel meter dengan takometer dan rim aloi yang bergaya moden.