Penampakan model sport bike baharu keluaran QJ Motor dengan enjin dua silinder 350cc

Menurut sumber dari China, QJ Motor kini dikatakan sedang membangunkan sebuah model motosikal sport bike baharu yang dilengkapi enjin dua silinder bersesaran 350cc. Bukti pertama kehadiran model tersebut ialah melalui penampakannya melalui gambar-gambar yang disiarkan di sini, namun nama sebenarnya masih belum diketahui.

Reka bentuk model berkenaan yang lengkap dengan full fairing boleh dikatakan sporty, termasuk dengan fork depan jenis terbalik, penyerap hentak belakang monoshock yang berada di posisi tengah dan sistem brek cakera berkembar di bahagian roda belakang. Spesifikasi lainnya yang dijangka adalah seperti lampu LED dan panel meter digital.

Jika benar model sport bike 350cc keluaran QJ Motor ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi, pasarannya bagaimanapun terhad untuk pasaran China sahaja. Kecuali jika ianya turut ditawarkan di bawah jenama Benelli, pasaran global lain termasuk pasaran Malaysi mungkin akan turut menerima kehadirannya yang pasti sangat dialu-alukan.

Sumber : Baijiahao