Aveta Global Marketing kini secara rasminya melancarkan model kapcai terbaharu Aveta VS110 2021. Mempunyai penampilan mirip model Honda Wave 100 yang pernah ditawarkan oleh Boon Siew Honda di pasaran Malaysia suatu ketika dahulu, Aveta VS110 ini dijual pada harga berpatutan iaitu serendah RM 3,588.00 OTR sahaja.
Aveta VS110 boleh didapati dalam empat pilihan warna yang menarik seperti Cyan Blue, Red, Blue dan Black. Enjinnya bersesaran 113cc (4-stroke, 1-cylinder, air-cooled, carburetor), dengan kuasa maksimum sebanyak 6.5hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 6.8Nm @ 6,000rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi empat kelajuan.
Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 4.0 liter, manakala berat motosikal ialah 83 kg (kerb weight). Dengan pelancaran model Aveta VS110 2021 terbaharu ini, bermakna Aveta Global Marketing kini telah mempunyai empat buah model di pasaran tempatan, termasuklah model Aveta RX110, Aveta DY90 dan Aveta Ranger 110.
Sumber : HengShuan M Sdn Bhd & Chm HQ