GPX Drone akan tiba di pasaran Malaysia pada Jun 2021

Skuter maxi terbaharu GPX Drone yang sporty dan bergaya serta dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik, baru saja dilancarkan di pasaran Thailand. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak THB 65,900.00 untuk varian Standard, THB 69,800.00 untuk varian Keyless dan THB 70,800.00 untuk varian Keyless Special Edition.

Untuk anda yang tertanya-tanya adakah model skuter tersebut akan masuk ke pasaran Malaysia, jawapannya adalah ya. Menurut GPX Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka, GPX Drone akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Jun 2021, melalui versi kedua. Versi pertama ini dikatakan eksklusif untuk pasaran Thailand.

Mungkin masih terlalu awal untuk menunggu tibanya bulan Jun 2021, namun sekurang-kurang GPX Malaysia telah memberikan maklumat awal kepada peminat-peminat setia jenama pengeluar motosikal yang berasal dari Thailand itu. Adakah anda salah seorang peminat GPX Drone dan akan setia menantikan ketibaannya di pasaran tempatan?

(Visited 12,853 times, 3 visits today)