Baru-baru ini QJ Motor secara rasminya telah memperkenalkan model terbaharu QJ SRK 600 untuk pasaran negara China. Oleh kerana QJ Motor dan Benelli sama-sama berada di bawah syarikat Zhejiang Qianjiang Motorcycle Group Co., model tersebut dikatakan akan dikenali dengan nama Benelli TNT 600i untuk pasaran luar China.
Month: June 2020
Warna baharu untuk Honda Super Cub C125 2020 di pasaran domestik Jepun
Pada beberapa hari yang lepas, Honda telah mengumumkan ketibaan warna baharu Pearl Shining Black untuk model Honda Super Cub C125 di pasaran domestik Jepun. Warna baharu tersebut akan boleh didapati mulai tarikh 31hb. Julai 2020, bersama-sama dua lagi pilihan warna terdahulu iaitu Pearl Cadet Gray dan Pearl Niltava Blue.
Yamaha RZR 135 keluaran tahun 1990 dan 1991
Untuk peminat motosikal legenda klasik Yamaha RZR 135, di sini Arena Motosikal siarkan lagi beberapa keping gambar model berkenaan, keluaran tahun 1990 dan 1991. Untuk melihat gambar-gambar Yamaha RZR 135 model tahun 1987, anda boleh membacanya dalam artikel terdahulu, dengan mengikuti pautan di bawah artikel ini.
Spyshot Kawasaki Edge, model asas Modenas Ace 115
Sebenarnya artikel mengenai spyshot model Kawasaki Edge 115cc ini pernah disiarkan di dalam blog lama Arena Kereta, bertarikh 27hb. Oktober 2010. Namun oleh kerana blog tersebut telah pun berkubur, jadi rasanya tidak salah kalau maklumat dan gambar-gambar spyshot model berkenaan disiarkan pula di dalam blog Arena Motosikal.
Brosur Suzuki Shogun 125SP 2010 di pasaran Malaysia
Di pasaran Malaysia kira-kira 12 tahun yang lalu, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan model Suzuki Shogun 125RR dan Suzuki Shogun 125SP serba baharu. Kedua-dua model berkenaan tampil dengan enjin 125cc yang berprestasi, dengan pilihan klac automatik untuk 125RR dan klac tangan untuk 125SP.
Yamaha Cygnus-X model tahun 2020 tampil lebih sporty
Skuter Yamaha Cygnus-X model tahun 2020 terbaharu secara rasminya berada di pasaran Jepun mulai 10hb. April 2020 yang lalu. Ianya dilengkapi enjin 124cc (Single cylinder, Air-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valve) dengan padanan transmisi automatik CVT, menghasilkan kuasa maksimum 9.8PS @ 7,500rpm dan tork 9.9Nm @ 6,000rpm. Enjin tersebut turut dilengkapi sistem suntikan bahan api (FI) yang […]






