Brosur Suzuki Shogun 125SP 2010 di pasaran Malaysia

Di pasaran Malaysia kira-kira 12 tahun yang lalu, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan model Suzuki Shogun 125RR dan Suzuki Shogun 125SP serba baharu. Kedua-dua model berkenaan tampil dengan enjin 125cc yang berprestasi, dengan pilihan klac automatik untuk 125RR dan klac tangan untuk 125SP.

Berdasarkan maklumat terdahulu yang diperolehi dari laman forum Cari.com, Suzuki Shogun 125RR dan Suzuki Shogun 125SP model tahun 2008 itu ditawarkan pada harga asas masing-masing sebanyak RM5,253.75 dan RM5,400.25.

Antara ciri-ciri menarik untuk kedua-dua model berkenaan termasuklah sistem brek cakera depan dan belakang, lampu brek LED, ruang simpanan 7 liter di bawah tempat duduk, lampu depan multi-reflector yang terang, enjin dengan fungsi balancer untuk mengurangkan getaran, sistem kunci dengan penutup yang lebih selamat, panel meter moden dan bergaya, serta aksesori pilihan berupa muffler ekzos Yoshimura.

Pada tahun 2010, Suzuki Shogun 125RR dan Suzuki Shogun 125SP hadir dengan rekaan grafik baharu yang menjadikan penampilannya lebih bergaya dan sporty. Spesifikasi teknikal di antara model tahun 2008 dan 2010 didapati tiada sebarang perubahan. Di bawah berikut ialah paparan brosur Suzuki Shogun 125SP model tahun 2010, namun sayangnya brosur Suzuki Shogun 125RR 2010 tiada dalam simpanan.