Untuk pasaran Indonesia, Honda CB150R StreetFire 2019 telah menerima kemaskini terbaharu dalam bulan Ogos tahun lepas. Menurut PT Astra Honda Motor (AHM), penampilan baharu yang sporty dan gagah itu diperkenalkan melalui pilihan dua warna terbaharu iaitu Macho Black (varian Standard) dan Razor White (varian Special Edition).
Month: June 2020
Teaser Benelli 302R terbaharu untuk pasaran China
Benelli baru-baru ini telah menyiarkan teaser model sportbike Benelli 302R terbaharu, yang bakal dilancarkan untuk pasaran China dalam masa terdekat. Tidak banyak maklumat yang diberikan melalui teaser tersebut, namun model berkenaan dijangka tidak akan menerima perubahan drastik dari segi reka bentuk keseluruhannya.
Yamaha Spark RX135 model tahun 2005
Sekali pandang ramai yang mengenali model ini sebagai Yamaha 135LC V1 untuk pasaran Malaysia. Namun model ini sebenarnya merupakan Yamaha Spark RX135 keluaran tahun 2005, dipercayai untuk pasaran negara Thailand. Seperti mana dapat dilihat, empat pilihan warna ditawarkan iaitu putih, biru, merah dan hitam.
Pada Oktober 2008, Aprilia RS125 2009 dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga bermula dari RM 22,300.00
Selain daripada model Cagiva Mito 125 yang kini telah menjadi legenda dalam dunia permotoran tempatan, sebuah lagi model yang hampir serupa iaitu Aprilia RS125 juga telah mendapat pengiktirafan yang sama. Kedua-dua model berkenaan merupakan seteru utama pada zaman sekitar 1990an yang berpanjangan sehingga tahun 2010.
Pada tahun 2010, Yamaha memperkenalkan YZF-R1 Rossi Special Edition
Jika anda mengikuti perkembangan semasa pasukan MotoGP Petronas Yamaha SRT (Sepang Racing Team) walaupun berada dalam tempoh kuarantin akibat pandemik Covid-19, pastinya anda tahu mengenai hasrat pasukan tersebut untuk mendapatkan pelumba legenda Valentino Rossi untuk bergandingan dengan Franco Morbidelli.
Demak Evo Z 125R pernah ditawarkan di pasaran Malaysia, tampil sporty dengan enjin 125cc jenis menegak
Pengeluar motosikal tempatan Demak pernah mewarnai dunia permotoran tanah air suatu ketika dahulu, dengan menawarkan pelbagai jenis model-model motosikal dan skuter pada harga mampu milik. Namun sayangnya jangka hayat Demak di pasaran tempatan tidak lama dan telah berakhir pada pertengahan tahun 2018 yang lalu.





